Saturday, April 25, 2009

PERUTUSAN GURU BESAR


Perkembangan sains dan teknologi yang canggih dan pesat pada masa kini telah memberi ruang dan peluang kepada kita meneroka dunia tanpa batasan melalui kewujudan laman web sekolah ini. Keupayaan mewujudkan laman web sekolah sendiri merupakan detik penting kejayaan kita dalam menempuh era globalisasi khususnya dalam dunia pendidikan. Langkah ini juga selari dengan perkembangan negara yang sentiasa menuju ke hadapan.

Ledakan ilmu dan maklumat telah menyaksikan, murid-murid pada hari ini telah jauh ke hadapan berbanding dengan zaman guru-guru mereka. Justeru, pihak sekolah sentiasa memenuhi tuntutan ini dengan menyediakan pelbagai prasarana bagi tujuan kemudahan kepada murid-murid sekolah ini.

Semoga kewujudan portal rasmi dalam dunia maya pada
hari ini dapat meningkatkan komitmen warga Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor untuk memajukan dan mengharumkan nama sekolah.

Puan Tan Saw Lean,PKT,PJK,PJM
Guru Besar SK Bukit Gelugor

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home